Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KPDNHEP Beri Amaran Kepada Penjual Peranti Teknologi Penstriman Langgar Hak Cipta

KPDNHEP Beri Amaran Kepada Penjual Peranti Teknologi Penstriman Langgar Hak Cipta

Diterbitkan Oktober 21, 2022 oleh Helmi Samsuri

Pelanggaran hak cipta atau cetak rompak bukanlah masalah baru. Dari dulu lagi kita dah dengar dan seiring dengan kemajuan teknologi, lebih banyak isu ini timbul sekarang.

Kini menerusi laporan yang digarap dari Bernama, KPDNHEP telah mengeluarkan amaran kepada penjual supaya tidak meneruskan jualan peranti teknologi penstriman yang menyediakan kandungan tanpa kebenaran hak cipta.

Kesalahan menjual peranti teknologi penstriman dengan kandungan yang melanggar hak cipta boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM200,000 atau penjara dengan tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. Ia merupakan kesalahan yang diperuntukan dibawah Seksyen 43AA, Akta Hak Cipta 1987.

Menurut laporan itu lagi, sejumlah 319 laman sesawang telah disekat membabitkan 1902 kandungan yang melanggar hak cipta dimana merupakan hasil daripada program Cyber Copyright Enforcement (CYCORE).

Berkaitan

  • Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box
  • Astro Boleh Kenakan Tindakan Undang-Undang kepada Penjual "Android Box"
  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix

Jika diimbas kembali, kegiatan penjualan peranti teknologi penstriman langgar hak cipta ini bukan sekadar salah disisi undang-undang, malah ditegah di dalam Islam. Tahun lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan bahawa haram sekiranya Android Box dijual atau dibeli dengan tujuan untuk mengakses kandungan atau siaran berbayar secara percuma.

Berita penuh di Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY