Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Mohon Tanda Dagang “Harmony”, Dikatakan Untuk Sistem Operasi Telefon Pintar Serta Komputer

Posted on Julai 15, 2019Julai 15, 2019

Pembangunan sistem operasi tersendiri oleh Huawei bukanlah perkara rahsia lagi dan ia semakin hangat diperkatakan sejak Amerika Syarikat menjalankan sekatan keatas mereka.

Perkembangan terbaru mengenai Huawei, syarikat itu dilaporkan sekali lagi membuat permohonan tanda dagang kepada Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah. Kali ini ia adalah membabitkan nama Harmony yang dipercayai tanda dagang untuk sistem operasi bagi peranti mudah alih serta komputer. Permohonan itu dibuat pada Jumaat minggu lalu.

Imej : LetGoDigital

Terdahulu, gergasi teknologi China itu telah dikhabarkan  memfailkan tanda dagang HongMeng OS dalam negara sementara tanda dagang “Ark OS” pula didaftarkan di Eropah.

Ini memberi kemungkinan nama Harmony serta Ark OS akan digunapakai Huawei untuk sistem operasinya pada pasaran Global. Walaupun sebelum ini Donald Trump telah memberikan kebenaran kepada syarikat A.S untuk kembali berurusan dengan Huawei, namun syarikat berpengkalan Shenzen itu masih lagi disenarai hitam.

Sumber: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress