Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook Meta

Meta Mohon Maaf Berhubung Kesilapan Terjemahan Di Facebook RTM

Diterbitkan Julai 23, 2024 · Dikemas kini Julai 23, 2024 oleh Amalina Athman

Meta Malaysia telah mengeluarkan permohonan maaf berhubung kesilapan dalam terjemahan automatik di Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini.

Pengarah Dasar Awam Asia Tenggara Meta, Rafael Frankel berkata pihaknya dimaklumkan terdapat kesilapan dalam terjemahan automatik daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, yang menjejaskan siaran Facebook berkaitan istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Kami telah menyelesaikan kesilapan teknikal ini. Kami amat menghormati Kerabat Diraja Malaysia, dan dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada RTM, Majlis Negeri Johor dan lain-lain yang terkesan dengan kejadian ini.

Terdahulu, RTM menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang kandungan seperti yang tular di Facebook berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17. Sebaliknya, ia merupakan terjemahan automatik daripada sistem Facebook.

Berkaitan

  • Kandungan Facebook RTM Disalah "Auto-Translate" Oleh Sistem Meta

Sumber: Meta Malaysia

Gambar utama: Business Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY