Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Disahkan Punyai Kelemahan Sekuriti Yang Boleh Dedahkan Nombor Telefon Pengguna

Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland Saman Meta Lebih RM1.8 Bilion

Diterbitkan September 8, 2022 ยท Dikemas kini September 8, 2022 oleh ariff bukhari

Meta kini berdepan saman bernilai 405 juta euro (~RM1,820,486,137) selepas Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland mendakwa syarikat media sosial itu gagal melindungi data peribadi kanak-kanak di Instagram.

Suruhanjaya itu menuduh Instagram menetapkan akaun kanak-kanak kepada public secara lalai (default) dan membenarkan kanak-kanak menggunakan akaun perniagaan di platform tersebut yang berpotensi mendedahkan nombor telefon dan alamat e-mel pemilik akaun.

Berkaitan

  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga
  • iOS 16 Akan Dilepaskan Minggu Depan

Ekoran itu, Meta mengesahkan tentang saman yang bakal didepani mereka dan menjelaskan,

“Siasatan ini memfokuskan pada tetapan lama yang kami kemas kini lebih setahun yang lalu, dan sejak itu kami telah mengeluarkan banyak ciri baharu untuk membantu memastikan maklumat remaja selamat dan sulit,

Sesiapa sahaja di bawah 18 tahun secara automatik menetapkan akaun mereka kepada peribadi apabila mereka menyertai Instagram, jadi hanya orang yang mereka kenali sahaja boleh melihat apa yang mereka siarkan dan orang dewasa tidak boleh menghantar mesej kepada remaja yang tidak mengikuti mereka.” kata jurucakap Meta kepada CNET melalui e-mel pada hari Selasa.

Pada tahun lepas, ahli Kongres telah menulis surat kepada Instagram yang menggesanya untuk “menghentikan segala usaha” melancarkan aplikasi Instagram versi kanak-kanak selepas penyelidikan dalaman menunjukkan bahawa Instagram boleh membahayakan pengguna muda.

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY