Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Rusia

Hati-Hati, Meta Jumpa Jalan Untuk Kumpul Data Pengguna Tanpa Lalui ‘Ask App Not To Track’

Diterbitkan Ogos 12, 2022 · Dikemas kini Ogos 12, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Untuk pengguna iOS, perasankah anda setiap kali anda memasang aplikasi baru, anda diberi pop-up untuk memilih “Ask App Not To Track“?

Inilah hasil daripada implementasi ciri App Tracking Transparency (ATT) yang membolehkan pengguna menghalang mana-mana aplikasi untuk mendapatkan maklumat pengguna tanpa kebenaran.

Meta enam bulan lepas menganggarkan ATT daripada Apple ini akan membuatkan rugi sebanyak RM42 bilion tahun ini sahaja.

Terbaru, Felix Krause melaporkan bahawa Meta telah menjumpai jalan untuk melangkau ATT ini dengan mengumpul maklumat pengguna tanpa meminta izin.

Berkaitan

  • Apple Balas Kritikan Terhadap Anti-Penjejakan Facebook
  • Facebook Akui Mereka Akan Rugi RM42 Bilion Tahun Ini, Tuduh Apple Sebelahi Google
  • Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome
  • Kajian Dapati Semakin Ramai Pengguna Rela Dan Mahu Dijejak Aplikasi

Bagaimana hal ini terjadi sedangkan semua aplikasi perlu meminta izin terlebih dahulu setiap kali baru dipasang?

Rupa-rupanya, aplikasi di bawah Meta termasuk Instagram mampu menjejak pengguna apabila anda membuka pautan dalam ‘in-app browser’ melalui aplikasi tersebut.

Ini bermakna jika anda menggunakan Instagram, kemudian tekan pautan yang akan membawa ke luar aplikasi namun kekal menggunakan pelayar dalam Instagram sendiri, maka ia dapat mengumpulkan data anda.

Ya, pop-up “Ask app not to track” tidak terpapar waktu ini.

Helah ini dijayakan dengan penyertaan javascript pcm.js. Skrip ini membantu Meta mengumpulkan data seperti pembelian dalam talian dan lain-lain, secara diam-diam tanpa izin mahupun notifikasi.

Data ini kemudian dapat digunakan Meta untuk pengiklanan dan lain-lain.

Justeru, jika anda tidak mahu dijejak, pastikan guna pelayar luar aplikasi Meta seperti Safari dengan klik ‘Open via browser’.

Ini bukan terhad di Instagram saja tapi kebanyakan aplikasi di bawah Meta seperti Facebook dan Messenger juga.

Sumber: Felix Krause

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY