Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Magic5 Ultimate

HONOR Magic5 Ultimate Rasmi, Guna Bateri Silikon-Karbon

Diterbitkan Mac 7, 2023 · Dikemas kini Mac 7, 2023 oleh Firdaus

HONOR mengumumkan peranti baharu dalam siri Magic5 mereka iaitu Magic5 Ultimate dalam acara pelancaran siri HONOR 5 di China.

Mengikut sumber, versi Ultimate ini menggunakan bateri bateri silikon-karbon dan menawarkan fizikal luaran dengan kemasan leather.

Spesifikasi HONOR Magic5 Ultimate

Magic5 Ultimate menawarkan 2 pilihan warna – Elegant Black and Burning Orange.

Spesifikasi HONOR Magic5 Ultimate

Berdasarkan sumber, Magic5 Ultimate adalah peranti yang sama dengan Magic5 Pro tetapi dengan spesifikasi maksimum.

Peranti ini dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2, memori RAM 16GB dan storan sebesar 512GB. Selain itu, peranti ini mempunyai skrin LTPO OLED 6.81″ dengan resolusi 1312 x 2848p dan sokong kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini disokongkan bateri silikon-karbon dengan kapasiti 5,450mAh dan pengecasan pantas 66W. 

Teknologi bateri silikon-karbon ini menawarkan 12.8% peningkatan dalam kapasiti dan ketumpatan tenaga bateri berbanding bateri litium.

Oleh itu, Magic5 Ultimate ini mampu menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar walaupun hadir dalam saiz fizikal bateri yang sama dengan Magic5 pro.

Spesifikasi HONOR Magic5 Ultimate

Untuk kamera, Magic5 Ultimate menawarkan tetapan 3 kamera 50MP – 23mm f/1.6 lebar dengan custom sensor 1/1.12″, 90mm 3.5x zum periskop dan 13mm ultra-lebar dengan autofokus dan makro.

Tidak lupa juga 2 lensa kamera swafoto – 12MP dan sensor kedalaman.

Harga

Ketika ini, HONOR Magic5 Ultimate sudah tersedia di pasaran China dengan harga CNY6,699 (~RM4,322.25).

Sumber: GSMArena

Gambar utama: GSMArena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Huawei Dilapor Sedang Berusaha Untuk Terlibat Dalam Pelaksanaan 5G Di Malaysia
  • Samsung Galaxy A54 Dan A34 Mungkin Akan Dilancarkan Pada 15 Mac Ini
  • Cip Pemproses Nothing Phone (2) Secara Tidak Sengaja Didedahkan
  • Nothing Ear (2) Akan Dilancar 22 Mac Ini
  • Aplikasi JENDELA Map Kini Dengan Ciri Rangkaian PAKEJ Dan Maklum Balas

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY