Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
find x6 pro desert silver moon leak

OPPO Find X6 Pro Dilapor Mempunyai Kecerahan Skrin Sehingga 2500 Nit

Diterbitkan Mac 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Ura-ura mengatakan bahawa OPPO Find X6 Pro akan mempunyai ciri skrin yang menarik. Salah satunya, puncak kecerahan sehingga 2500 nit.

Kemudian, paparannya yang bersaiz 6.8″ itu juga akan menggunakan panel E6 daripada Samsung dan beresolusi QHD+ resolution (1,440 x 3,168px).

Selesai bab skrin, kali ini warnanya pula. Menurut sumber, akan ada versi kemasan kulit yang dinamakan Desert Silver Moon untuk model Pro kali ini.

find x6 pro desert silver moon leak
Desert Silver Moon

Untuk versi panel belakang diperbuat daripada kaca pula, 2 warna tersedia ialah Flying Spring Green dan Cloud Ink Black yang mana sedikit nipis tapi lebih berat daripada Desert Silver Moon.

Kalau untuk model standard pula, tiada kemasan kulit, hanya kaca sebagai panel belakang. 3 versi tersedia ialah Flying Spring Green, Starry Sky Black dan Snow Mountain Gold.

find x6 pro leak 2
Flying Spring Green dan Snow Mountain Gold

Bagi cip pemprosesan, versi Pro akan dilengkapkan dengan Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan bersama RAM 16GB dan storan hingga 1TB.

OPPO Find X6 Pro Dilapor Mempunyai Kecerahan Skrin Sehingga 2500 Nit

Model vanila pula awalnya dipercayai hadir dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan Dimensity 9200 tapi lapor sumber, mungkin ia hanya akan rasmi dengan cip Dimensity sahaja.

Beralih pada kamera, model Pro dikhabarkan tampil dengan 3 kamera 50MP (sensor 1 inci IMX989 dan IMX890) bersama cip MariSilicon X2 dan sensor 3D ToF.

Find X5 Pro_1
OPPO Find X5

Lensa kamera hadapan pula setinggi 32MP.

Kalau benar rekaan telefon ini seperti imej dikongsi, nampaknya memang banyak jenama China menggunakan rekaan modul kamera bulat sejak tahun lalu. vivo X90, OnePlus 11, Huawei Mate 50, HONOR Magic 5, Honor X9a dan banyak lagi memakai rekaan ini.

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Find X5 Pro - Telefon OPPO Yang Ada Kamera Paling Padu
  • OPPO Find X5 Pro Rasmi Di Malaysia, 8 Gen 1 Dengan Hasselblad Untuk RM4,999
  • (Ulasan) OPPO Reno8 Pro 5G - "Find X5 Pro" Yang Lebih Mesra Poket
  • OPPO Find X6 Pro Dijangka Tampil Dengan 3 Sensor 50MP Sekaligus
  • Spesifikasi OPPO Find X6 Tertiris Menjelang Pelancarannya
  • Cara Miliki HONOR X9a Dengan Percuma - Skrin 'Curved' Tahan Lasak Dengan 5G

marisilicon x

Berkenaan kuasa, pengecasan pantas SuperVOOC 100W akan diberikan pada model Pro dan 80W untuk versi vanila.

Walaupun dengan pelbagai spesifikasi telah bocor, namun tarikh pelancarannya masih menjadi misteri.

Tahun lalu, kami pernah terbitkan artikel ulasan Find X5 Pro dan ia boleh dibaca di SINI.

Sumber: Digital Chat Station, SPInfoJP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY