Sekiranya anda mempunyai bajet RM1,000 dan ke bawah dan ingin mendapatkan peranti baharu, maka artikel ini adalah untuk anda.
Suka cita saya ingin maklumkan bahawa senarai di bawah terdiri daripada peranti yang sememangnya memiliki tanda harga permulaan sudah di bawah RM1,000.
Oleh itu, izinkan saya berkongsikan 5 telefon pintar terbaik bawah RM1,000 yang boleh anda dapatkan.
{snap}
realme 10
realme 10 adalah model standard dalam siri realme 10 yang baharu dilancarkan pada awal 2023 ini. realme 10 dikuasakan cip pemprosesan gaming Helio G99 daripada MediaTek, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SuperVOOC 33W.
Menariknya lagi, realme 10 menawarkan pengalaman skrin Super AMOLED bersaiz 6.4 inci dan sokongan kadar segar semula 90Hz.
realme 10 dilengkapi dengan tetapan 2 kamera – 50MP +2MP dan 16MP kamera swafoto.
Dengan harga RM999, anda akan dapat peranti hebat daripada realme dengan memori RAM 8GB dan storan besar 256GB. Oleh itu, realme 10 adalah antara peranti bawah RM1,000 yang terbaik ketika ini.
{snap}
Redmi Note 11S
Redmi Note 11S adalah salah satu model dalam siri Note 11 daripada Redmi pada 2022. Peranti ini dikuasakan MediaTek Helio G96, menawarkan memori RAM 8GB dan storan sebesar 128GB.
Selain itu, Note 11S memberikan anda skrin AMOLED DotDisplay bersaiz 6.43 inci, bateri 5,000mAh, pengecas 33W dan tetapan 4 kamera – 108MP+8MP+2MP+2MP.
Peranti ini adalah yang terbaik bagi pengguna yang mahu dan mencari estetik MIUI dalam segmen bawah seribu ringgit.
{snap}
Infinix Note 12 2023
Infinix Note 12 2023 adalah peranti Infinix terbaik yang boleh anda dapati ketika ini. Ia hadir dengan cip pemprosesan gaming paling kompetitif dalam kelasnya, MediaTek Helio G99.
Selain itu, anda akan dapat skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.7 inci, bateri berkapasiti tinggi 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.
Untuk kamera, Note 12 2023 menampilkan kamera utama 50MP, 2MP dan lensa kamera AI beserta kamera swafoto 16MP. Menariknya lagi, variasi paling tinggi 8GB RAM dan 256GB storan hanya dijual pada harga RM899 sahaja.
{snap}
vivo T1X
Peranti T1X adalah sebuah telefon gaming mampu milik daripada vivo bagi kelas pertengahan bawah RM1,000. Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 680, memori RAM 8GB dan storan 128GB.
Ia turut menawarkan skrin 6.58 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, T1X disokongkan bateri 5,000mAh tetapi pengecasan pantas sekadar 18W sahaja.
Bagi kamera pula, peranti ini mempunyai tetapan 3 kamera – 50MP+2MP+2MP dan 8MP kamera swafoto. Anda boleh dapatkan peranti ini dengan harga RM899 atau ke bawah.
{snap}
POCO M4 Pro 5G
Peranti ini agak berbeza kerana menyokong ketersambungan 5G berbanding model biasa yang hanya menyokong 4G sahaja. M4 Pro 5G ini menggunakan MediaTek Dimensity 810 5G, dan hadir dalam 2 variasi – 4GB/64GB (RM849), 6GB/128GB (RM999).
Dari segi skrin, peranti ini menggunakan paparan Dot Display FHD+ bersaiz 6.6 inci dan menyokong kadar segar semula 90Hz.
M4 Pro 5G mempunyai tetapan kamera utama 50MP dan 8MP ultra-lebar dan 16MP swafoto. Menariknya lagi, peranti ini dipadankan bateri besar 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.