Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
main retro games

Cara Main ‘Game’ Retro PlayStation Hanya Guna Pelayar Web Sahaja

Diterbitkan Mac 3, 2023 oleh Amsyar Latif

Pasti ada dalam kalangan kita yang rindu akan kenangan lama memainkan permainan video ketika waktu kecil. Tidak kira apa platform sekali pun. Baik Nintendo Game Boy mahupun PlayStation 1.

Bagi menggamit semula kenangan lalu, kami kongsikan bagaimana anda boleh memainkan permainan video seperti permainan PlayStation hanya menggunakan pelayar web sahaja.

Pertama sekali buka apa-apa sahaja pelayar web yang ada dalam peranti anda (telefon pintar atau komputer). Kemudian, buat carian “retrogames.cc“.

Screenshot 2023-03-03 at 3.32.31 PM

Di sini, anda boleh pilih mana-mana platform konsol seperti Nintendo, Atari, SEGA, NEC, PlayStation dan juga Arcade.

Screenshot 2023-03-03 at 3.33.15 PM

Atau, sekiranya ada permainan yang terlintas dalam fikiran anda, boleh buat carian terus permainan yang ingin dimainkan.

Setakat percubaan kami, anda boleh memainkan menggunakan telefon pintar yang mana ia akan memaparkan butang maya. Mirip yang anda gunakan emulator dalam telefon.

retro game

Pada komputer pula, anda boleh memainkan menggunakan papan kekunci. Malah, telefon pintar dan komputer juga boleh menggunakan alat kawalan (controller).

Screenshot 2023-03-03 at 3.33.59 PM

Oleh itu, bolehlah anda bermain game seperti FIFA 2000, Metal Slug, Pokemon, Silent Hill, Tekken 3, Street Fighter, Metal Gear Solid dan banyak lagi.

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Cara Cari Mesej Di WhatsApp Berdasarkan Tarikh Di iPhone
  • Cara Untuk Padam Sejarah Google Maps Di Telefon
  • Ini Beza Antara Android TV Dengan Smart TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY