Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Banyak Jenama Telefon Pintar Tak Hantar Peranti Ke DxOMark, CEO Perjelaskan Sebabnya

Banyak Jenama Telefon Pintar Tak Hantar Peranti Ke DxOMark, CEO Perjelaskan Sebabnya

Diterbitkan Oktober 4, 2022 oleh Firdaus

Tahun 2022 ini melihatkan banyak jenama telefon pintar tidak menghantarkan peranti mereka kepada DxOMark untuk dinilai.

Isu ini mengejutkan dunia peranti pintar dan bagi mereka yang kurang peka, mungkin menganggap ada perbalahan antara DxOMark dengan pengeluar-pengeluar telefon pintar yang lain.

CEO DxOMark, Frédéric Guichard menegaskan tiada sebarang isu atau konflik antara DxOMark dengan jenama-jenama telefon pintar seperti Xiaomi dan lain-lain.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • AnTuTu - Peranti Dengan Dimensity 9000+ Berjaya Pintas Snapdragon 8+ Gen 1 Di China
  • Skor Markah Swafoto Kamera iPhone 14 Pro Mengatasi Huawei P50 Pro - DxOMark

Sebab-Sebab Utama Pengeluar Telefon Pintar Tidak Menghantar Peranti Mereka Kepada DXOMark

Xiaomi Mi CC Pro Dxomark
dxomark note20 ultra
dxomark honor 30 pro+
Huawei Nova 6 5G DxOMark

**contoh skor yang diberikan DxOMark dalam penilaian prestasi kamera sesebuah peranti 

Frédéric Guichard menjelaskan banyak pengeluar telefon pintar tidak menghantar peranti mereka kerana kesukaran untuk mendapat kedudukan teratas dalam senarai penilaian DxOMark.

Penilaian dan skor DxOMark yang tinggi adalah keperluan dalam mempromosikan sesebuah telefon pintar terutamanya prestasi kamera.

Dalam bahasa mudah, penilaian DxOMark hanya membantu sekiranya skor sesebuah peranti itu cukup tinggi.

Frédéric Guichard juga menjelaskan DxOMark tidak menjual sebarang skor atau kedudukan senarai teratas dalam platform mereka.

Apa yang DxOMark tawarkan hanyalah kepakaran, teknologi dan perkhidmatan dalam menilai prestasi sesebuah peranti itu.

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY