Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s pen patah

Memang Kukuh, Galaxy S22 Ultra Lulus Ujian JerryRig

Diterbitkan Mac 2, 2022 · Dikemas kini Mac 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seperti kelaziman, setiap peranti kelas andalan pasti menjadi mangsa saluran JerryRigEverything untuk ujian ketahannya. Antara ‘penderaan’ yang dilakukan ke atas peranti-peranti ini termasuklah ujian calar pada skrin, kamera, tubuh dan pembengkokan.

Samsung S22 Ultra ialah model terbaru yang diuji Jerry selepas OnePlus 10 Pro yang gagal melepasi ujian tersebut. Tubuh model andalan Samsung ini dibina daripada besi dengan kemasan kusam di belakang.

Melalui ujian calar, skrin S22 Ultra mula calar di tahap 6 namun kesemua lensa kameranya kekal sempurna tanpa kesan. Panel hitam belakang kusamnya juga tidak terkesan dengan pergerakan mata pisau.

s22 jerry 1

Akhir sekali, pembengkokan yang dinanti-nanti pengguna membuktikan S22 Ultra ini lulus dengan jayanya apabila tiada kesan retak pada skrin apatah lagi patah. Ternyata binaan dalaman S22 Ultra ini begitu kukuh.

s pen

Bagaimanapun, S Pen yang disertakan padanya nampaknya mempunyai ketahanan sebaliknya apabila dipatahkan mudah oleh Jerry dalam satu cubaan. Dalam video kelihatan seperti lebih mudah mematahkan S Pen berbanding pensel kayu yang digunakan pelajar menanda kertas peperiksaan,

Samsung S22 Ultra dijual pada harga bermula RM5,099 untuk pasaran Malaysia.

Baca juga:

  • OnePlus Nord Gunakan Bingkai Plastik, Bengkok Tatkala Diseksa JerryRigEverything
  • Nothing Acah Untuk Umumkan Produk Baharu Mereka Bulan Ini
  • Pete Lau Sahkan OnePlus Akan Terus Guna OxygenOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY