Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carl Pei Umum Syarikat Baharu, Dinamakan Sebagai Nothing

Nothing Acah Untuk Umumkan Produk Baharu Mereka Bulan Ini

Diterbitkan Mac 2, 2022 oleh Faiz Munir

Nothing mula mencipta nama dengan memperkenalkan Nothing Ear (1), sebuah TWS dengan fungsi dan ciri yang menarik serta harga yang berpatutan.

Beberapa minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa Carl Pei ada mengacah telefon pintar Nothing yang menggunakan cip dari Qualcomm dan sistem operasi Android. Mungkin kita akan mendengar sendiri tentang peranti tersebut dalam bulan ini berikutan acahan di Laman Twitter rasmi Nothing.

March is going to be fun.

— Nothing (@nothing) February 28, 2022

Namun, masih tiada maklumat tentang peranti yang akan diumumkan. Mungkin Nothing akan mengumumkan antara 5 produk baharu yang terdapat dalam perancangan mereka seperti power bank, TWS mahupun telefon pintar.

Walaupun akan ada peranti yang diumumkan pada bulan ini, hari pelancarannya mungkin akan diadakan beberapa minggu atau beberapa bulan dari hari pengumumannya.

Berdasarkan laporan lain, produk-produk ini akan dilancarkan sebelum hujung tahun 2022. Kemungkinan nama yang digunakan untuk produk power bank mereka ialah Nothing Power (1) dan telefon pintarnya pula diberi nama Nothing Phone (1).

Nothing juga ada berkongsi gambar di Twitternya dengan menunjukkan bingkai lut sinar Nothing Ear (1). Ciapan ini memberi spekulasi bahawa Nothing mungkin akan membawa ciri lut sinar pada peranti mereka yang akan datang.

There's power in less. pic.twitter.com/m5IMPylEZo

— Nothing (@nothing) March 1, 2022

Sumber: @Nothing

Baca juga:

  • Carl Pei Mengacah Telefon Nothing Yang Dikuasakan Snapdragon
  • Celcom Tawar Pelan Pascabayar Xpax Baharu, Data Tanpa Had Bersyarat
  • Meta (Facebook), YouTube Dan Tiktok Sekat Akses Kepada Kandungan Dari Rusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY