Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus nord

OnePlus Nord Gunakan Bingkai Plastik, Bengkok Tatkala Diseksa JerryRigEverything

Diterbitkan Julai 28, 2020 ยท Dikemas kini Julai 28, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus Nord baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu. Ia merupakan peranti pertama jenama tersebut dalam kategori kelas pertengahan.

Untuk harga penawarannya yang sedikit rendah berbanding peranti mercu seperti OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro, ia terpaksa membuang beberapa ciri premium. Antaranya adalah dari segi rekaan yang menggunakan bahan binaan plastik.

Tidak seperti siri OnePlus 8 yang menggunakan bingkai lebih jitu iaitu aluminium, plastik lebih rapuh dan kurang menonjol dari segi ‘rupa’.

Untuk membandingkan tahap ketahanan, saluran popular JerryRigEverything telah menguji bagaimana OnePlus Nord mampu bertahan dalam ujiannya.

Seperti yang dijangka dari bahan binaan plastik, OnePlus Nord merekah pada bahagian butang laras bunyi. Kita semua tahu ujian sebegini tidaklah mencerminkan bagaimana peranti tersebut dalam suasana realiti sebenar.

Namun, apa yang mahu disampaikan adalah peranti ini kurang kukuh berbanding dengan siri OnePlus 8 disebabkan bahan binaan plastik tersebut.

Pujian tetap diberikan kerana peranti tidak patah serta merta sepertimana kebanyakan peranti dengan bingkai plastik yang pernah diuji oleh beliau.

Jika anda menjaga peranti ini dengan baik, sudah tentu tiada masalah yang timbul ketika penggunaannya.

Sumber: JerryRigEverything

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY