Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 10 pro patah 2-min

Terciduk, OnePlus 10 Pro Patah Dua Dalam Ujian Ketahanan

Diterbitkan Februari 22, 2022 · Dikemas kini Februari 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Semalam, OnePlus telah melancarkan OnePlus 10 Pro dalam edisi warna putih yang kelihatan unik dan menawan. Ia dijual di pasaran China pada harga sekitar RM3831.

Beberapa jam lepas pula, saluran JerryRigEverything pula telah memuat naik sebuah video yang menggemparkan tentang OnePlus 10 Pro.

Dalam ujian ketahanan dilakukan pada OnePlus 10 Pro ini, semuanya nampak baik-baik sahaja sehinggalah Jerry bertindak untuk membengkokkannya. Pada percubaan pertama, bahagian belakangnya telah menunjukkan retak yang agak teruk dan pada percubaan kali kedua, telefon ini langsung dipatahkan dengan mudah.

oneplus 10 pro patah

Seteleh dibuka, rupa-rupanya bingkai yang digunakan telefon ini nyata tidak dibina untuk situasi ekstrem. Jika anda tonton video tersebut, satu-satunya sebab ia tidak patah di tengah-tengah adalah kerana keberadaan bateri. Maka, telefon ini terkepak betul-beul antara kamera dan kamera kerana kelompongan struktur binaannya.

oneplus 10 pro lcd

OnePlus 10 Pro dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 terbaru, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 256GB, dan bateri 5,000mAh. Kamera pula terdiri daripada 48MP utama, sudut lebar 50MP, telefoto 8MP, dan swafoto 32MP.

Dengan harga lebih RM3,000 untuk pasaran China, apakah anda teruja untuk mendapatkannya selepas ujian dilakukan Jerry?

Baca juga:

  • OnePlus 10 Pro: Pengguna Global Mungkin Dapat Spesifikasi Berbeza Dari Versi China
  • Perisian Gabungan OnePlus Dan OPPO Akan Hadir Setelah Android 13 Diumum
  • Bateri Lithium-Ion Mencair Di Fasiliti Penyimpanan Bateri Lithium-Ion Terbesar Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY