Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meizu Zero – Telefon Tanpa Sebarang Lubang Pertama Di Dunia Diperkenalkan

Meizu Zero – Telefon Tanpa Sebarang Lubang Pertama Di Dunia Diperkenalkan

Diterbitkan Januari 24, 2019 ยท Dikemas kini Januari 24, 2019 oleh Haikel Areff

Telefon tanpa sebarang lubang pertama di dunia kini tiba. Ya, Meizu Zero adalah merupakan telefon pintar tanpa port pengecasa, bicu audio, lubang pembesar suara mahupun sebarang butang.

Tanpa port pengecasan bermakna peranti ini hanya dapat dicas semula menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar sahaja. Ia disokong oleh pengecasan tanpa wayar terpantas ketika ini iaitu dengan 18W.

Meizu Zero – Telefon Tanpa Sebarang Lubang Pertama Di Dunia Diperkenalkan
MEIZU

Selain itu, ia juga mempunyai sistem pembesar suara dan pengimbas cap jari dari dalam skrin.

Model terbaru Meizu ini dilengkapi dengan skrin AMOLED 5.99-inci serta tetapan dwi-kamera utama 12MP+20MP serta kamera swafoto 20MP.

Meizu Zero – Telefon Tanpa Sebarang Lubang Pertama Di Dunia Diperkenalkan
MEIZU

Malah, Meizu Zero ini turut tidak memiliki sebarang dulang kad sim, di mana semua pengguna perlu menggunakan teknologi eSIM.

Seperti dijangka, peranti ini masih lagi menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845 sekaligus membuatkan pengguna masih tertunggu peranti Snapdragon 855 yang pertama.

Meizu Zero – Telefon Tanpa Sebarang Lubang Pertama Di Dunia Diperkenalkan
MEIZU

Ia juga menerima pengiktirafan IP68 serta akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan juga putih.

Walaubagaimanapun, pihak Meizu masih lagi belum mengumumkan mengenai beberapa maklumat lain seperti RAM, storan, bateri serta tarikh pelancaran rasmi dan harga jualan bagi peranti ini.

 

Sumber: MEIZU via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY