Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-17T122057.883

Mega Sale Epic Games Kembali, EA FC24 Serendah RM47.80

Diterbitkan Mei 17, 2024 oleh Muhd Idham

Epic Games yang merupakan pembangun kepada permainan FPS Shooter dan battle-royale, Fornite dan juga dikenali sebagai pusat perkhidmatan dan pengedaran permainan secara dalam talian kini sedang mengadakan promosi Jualan MEGA EPIC 2024.

Promosi itu telah pun bermula dari 16 Mei 2024 dan akan tamat pada 13 Jun 2024 dengan potongan harga permainan sehingga 80 peratus.

Mungkin ada di luar sana beranggapan permainan yang ditawarkan kali ini adalah bukan dalam kategori permainan popular masa kini.

Namun, tanggapan anda mungkin akan berubah setelah anda melihat senarai antara permainan yang terpilih di bawah.

EA SPORTS FC 24 Standard Edition

Screenshot 2024-05-17 142359

Ini adalah sejenis permainan bola sepak popular yang kerap dimainkan di platform konsol. EA FC 24 ini adalah versi yang terkini dan dilancarkan pada bulan September 2023.

Namun kini, ia dijual pada harga RM239 RM47.80.

Red Dead Redemption 2

Screenshot 2024-05-17 142459
Walaupun permainan ini telah lama dilancarkan oleh Rockstar Games iaitu pada tahun 2018, namun ia masih lagi popular disebabkan oleh jalan cerita yang menarik dengan tema barat pada tahun 1899.

Harga promosinya adalah RM219 RM87.60.

Hogwarts Legacy

Screenshot 2024-05-17 142555

Seperti yang anda cakna, permainan ini akan memberikan pemainnya pengalaman seakan pelajar di Hogwarts sama seperti siri novel dan filem Harry Potter.

Anda kini boleh merasai pengalamannya dengan harga serendah RM249 RM124.50.

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition

Screenshot 2024-05-17 142623

Permainan yang pernah hype satu ketika dahulu dan menerima banyak kecaman ini telah mula mendapat tempat semula dalam komuniti gamer disebabkan ia sudah menerima kemas kini dan penambahbaikan berbanding versi awal.

Jika anda berminat, ia tersedia dengan harga diskaun RM289.99 RM194.29.

Assassin’s Creed Mirage

Screenshot 2024-05-17 142649

Rasai pengalaman menjadi pembunuh bersiri, bermula dari seorang penyeluk saku di kawasan berbangsa Arab dan didatangi oleh seorang wakil dari kumpulan Assassin’s Creed.

Harga permainan ini dikurangkan kepada RM169 RM84.50.

Assassin’s Creed Valhalla: Standard Edition

Screenshot 2024-05-17 142901

Sama seperti versi AC Mirage, kini anda akan berada di zaman Viking untuk menjadi seorang pahlawan dan juga seorang ketua yang akan meminpin pengikutnya ke arah keamanan.

Versi Valhalla ini dijual pada harga RM189 RM37.80.

{suggest}

Untuk pembelian, anda boleh terus ke laman web rasmi Epic Games ataupun muat turun aplikasinya ke platform PC.

Peringatan juga kepada anda, pastikan spesifikasi komputer riba ataupun PC anda adalah sesuai untuk permainan yang tersenarai di atas ataupun di halaman Epic Games.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY