Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mediatek 800 5G Diumumkan, Bakal Digunakan Pada Peranti Kelas Pertengahan.

Mediatek 800 5G Diumumkan, Bakal Digunakan Pada Peranti Kelas Pertengahan.

Diterbitkan Disember 26, 2019 ยท Dikemas kini Disember 26, 2019 oleh irfan suhaimee

Pada hari ini, syarikat teknologi terkenal Mediatek telah memperkenalkan satu lagi cip pemprosesan terbaru keluarannya.

Mediatek 800 5G Diumumkan, Bakal Digunakan Pada Peranti Kelas Pertengahan.

Cip pemprosesan tersebut dikenali dengan nama Mediatek 800 5G dan ia akan digunakan pada peranti kelas pertengahan. Ia merupakan cip pemproses kedua terbaru dari Mediatek selepas mereka memperkenalkan Mediatek 1000 5G yang akan digunakan pada peranti mercu.

Mediatek 800 dijangka akan memberi saingan kepada cip pemproses dari Qualcomm iaitu Snapdragon 730 SoC. Berkenaan dengan spesifikasi, pihak MediaTek masih belum lagi mendedahkan sebarang perincian serta kemampuan yang akan diberikan pada cip tersebut. Ia mungkin akan dikongsikan dengan lebih lanjut sekitar suku pertama tahun hadapan sewaktu pelancaran rasminya.

Berdasarkan khabar angin terdahulu, MediaTek 800 5G akan tampil dengan dua teras A76 sementara enam lagi teras adalah A50.

Buat masa sekarang, pengeluar cip menyatakan cip ini akan menguasakan peranti seawal suku kedua tahun hadapan. Namun begitu, setakat ini belum ada lagi perkhabaran syarikat pengeluar telefon pintar mana yang akan melengkapkan peranti mereka dengan cip ini.

Dengan pelancaran dua cip pemprosesan terbaru, ia memperlihatkan kesungguhan Mediatek dalam menghasilkan produk yang berkualiti serta mampu bersaing dengan pengeluar cip pemproses yang lain.

Sumber : Gadget360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY