MCMC, dalam kenyataan hari ini, berkata, syarikat telekomunikasi itu adalah pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).
“Lesen yang dikeluarkan di bawah CMA adalah tidak sama dengan pengesahan oleh MCMC,” kata suruhanjaya itu.
Ia berkata semua pemegang lesen di bawah CMA perlu mematuhi peruntukan akta tersebut, terma dan syarat lesen serta semua instrumen diterbitkan, dihasilkan atau diberikan mengikut akta berkenaan.
MCMA berkata mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan mana-mana pemegang lesen di bawah CMA dinasihatkan supaya melaksanakannya dengan penilaian wajar sendiri.
Selasa lalu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri (PTPM) berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah meluluskan teks ucapan yang disampaikan pada majlis pelancaran projek EM-IIG di Shah Alam dan juga tidak mewakilkan mana-mana pihak untuk membaca ucapan tersebut pada majlis tersebut.
PTPM itu berkata Dr Wan Azizah tidak pernah menyebut kerajaan akan memberi kerjasama penuh bagi pelaksanaan projek EM-IIG tersebut.
Menurut laporan media, teks ucapan itu dibacakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Bagaimanapun, Mohd Rashid dilaporkan berkata beliau telah menghadiri acara itu atas kapasiti sebagai bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang dan turut dengan keras menafikan beliau telah mewakili Dr Wan Azizah dalam majlis itu.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Pengguna Huawei Nova 3 & Nova 3i Di Malaysia Diberi Peluang Mencuba Beta EMUI 9.0
- Keselamatan Data Menjadi Kebimbangan Utama Orang Awam Di Malaysia, Mewujudkan Halangan Kepada Pengguna Dalam Memupuk Perkhidmatan Berasaskan Identiti Digital - Indeks Keselamatan Unisys(Tm)
- Menteri Mahu Syarikat Telco Memastikan Pelanggan Menerima Kelajuan Internet Yang Telah Dijanjikan
- HONOR 8C Diperkenalkan Di Pasaran Malaysia, Hadir Dengan Snapdragon 632
- Luno - Platform Mata Wang Kripto Di Malaysia Rasmi Dilancarkan
- Huawei P10 Hadir ke Pasaran Malaysia Seawal Rabu Ini.
- Tangkapan Gambar Pertama "Black Hole" - Saintis Dari Malaysia Merupakan Salah Seorang Yang Terlibat
- Nokia 'Pisang' Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia
- Pelancaran Siri Huawei Mate 30 di Malaysia 3 Oktober Ini
- Internet Kelajuan Tinggi Di Kawasan Luar Bandar Dalam Masa 5 Tahun Jadi Sasaran Kerajaan