Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proklamasi Darurat

MCMC: Sebar Berita Palsu, Tindakan Tegas Boleh Diambil

Diterbitkan Oktober 9, 2020 · Dikemas kini Oktober 9, 2020 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu dan berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya.

MCMC menyatakan, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menafikan dakwaan seramai 13 Menteri Kabinet dijangkiti COVID-19.

Dalam pada itu, MCMC mengingatkan pengguna untuk menyemak melalui portal Sebenarnya.my atau Telegram Sebenarnya.my sekiranya terdapat keraguan mengenai kesahihan sesuatu berita. Maklumat penularan berita palsu juga boleh disalurkan melalui portal yang sama.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY