Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Perlu Kerjasama JMB Untuk Selesaikan Isu Kualiti Perkhidmatan Dalam Bangunan – Fahmi

MCMC Perlu Kerjasama JMB Untuk Selesaikan Isu Kualiti Perkhidmatan Dalam Bangunan – Fahmi

Diterbitkan Disember 6, 2023 ยท Dikemas kini Disember 6, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Kuala Lumpur telah mencapai 100% liputan 4G setakat suku ketiga 2023.

Namun, pihaknya mengakui masih terdapat kawasan, terutamanya dalam bangunan yang mempunyai masalah kualiti perkhidmatan.

Berkaitan

  • Telco Disaran Teroka Kemudahan Internet Menerusi Satelit Ke Peranti

Bukan perkara baharu, isu kualiti perkhidmatan sebaik sahaja memasuki sesuatu bangunan sudah pun berlaku sekian lama. Difahamkan, ia disebabkan oleh kesesakan rangkaian di sesuatu tempat atau halangan seperti bangunan tinggi.

Lanjutan itu, Fahmi berkata MCMC memerlukan kerjasama Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk memberi kebenaran kepada syarikat telekomunikasi bagi pemasangan solusi liputan dalam bangunan (In-Building Coverage).

Tambahnya lagi, MCMC turut giat menjalankan ujian kualiti perkhidmatan di seluruh Malaysia bagi memastikan tahap perkhidmatan yang disediakan mengikut standard yang telah ditetapkan.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY