Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_kes zayn rayyan

MCMC Mohon TikTok, Telegram Turunkan Kandungan Didakwa Maklumat Siasatan Kes Zayn Rayyan

Diterbitkan Jun 15, 2024 ยท Dikemas kini Jun 15, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memaklumkan telah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk menurunkan kandungan yang didakwa maklumat siasatan berhubung kes Zayn Rayyan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Menurut MCMC, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa laman media sosial yang memaparkan kandungan itu kepada umum.

Tegas MCMC, penyebaran dakwaan maklumat siasatan yang dibocorkan itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes.

Lanjutan itu, pengguna diingatkan untuk tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu, serta memadam hantaran atau sebarang komen yang boleh menimbulkan spekulasi.

Perkongsian maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, serta denda lanjutan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan selepas pensabitan.

Sumber: MCMC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY