Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Bekukan Pemberian Lesen Baharu Perkhidmatan Kurier Selama Dua Tahun

MCMC Bekukan Pemberian Lesen Baharu Perkhidmatan Kurier Selama Dua Tahun

Diterbitkan Oktober 26, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 26, 2020 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan persetujuan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengumumkan pembekuan (Moratorium) pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier selama dua tahun bermula 14 September 2020 sehingga 15 September 2022.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1320534577568305153

Sepanjang tempoh ini, MCMC menyatakan tidak lagi akan menerima permohonan lesen baharu bagi semua ketegori untuk menjalankan perkhidmatan kurier. Sementara itu, permohonan yang diterima sebelum tarikh berkenaan serta pembaharuan lesen sedia ada akan diproses untuk kelulusan.

Moratorium ini bertujuan untuk memberi laluan kepada kerajaan bersama industri pos dan kurier membuat perancangan baharu bagi memperkukuhkan sektor tersebut yang berdepan pelbagai cabaran akibat perubahan teknologi dan trend pasaran.

Langkah ini juga sejajar dengan gesaan rasmi yang dihantar oleh Persatuan Syarikat Penghantar Ekspress Malaysia (AMEC) sejak Ogos lalu. AMEC merupakan gabungan 25 syarikat kurier utama di Malaysia termasuk Pos Malaysia Berhad, GD Express Sdn. Bhd., City-Link Express (M) Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Sehingga Oktober 2020, terdapat 109 pemegang lesen perkhidmatan kurier pelbagai kategori yang beroperasi di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY