MBO Umum Penutupan Sementara Beberapa Lokasi Pawagam

Berikutan beberapa filem blockbuster yang dijadualkan semula tayangan serta peningkatan jumlah kes COVID-19 di negara Malaysia, MBO telah mengumumkan penutupan sementara beberapa lokasi pawagam.



Antara lokasi pawagam yang terlibat termasuk MBO di Melaka, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan sebagainya.

pawagam MBO

Dalam pada itu, MBO turut mengumumkan semua lokasi MBO di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan ditutup dari 14 hingga 27 Oktober 2020. Ia berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Wilayah Persekutuan yang akan berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Sementara itu, MBO Imago Mall di Sabah pula telah ditutup bermula hari ini sehingga 26 Oktober.

Sumber: MBO