Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia snap

AirAsia Tawar Tempahan Penerbangan Dan Hotel Secara Kombo Melalui SNAP

Diterbitkan Jun 18, 2020 oleh Amalina Athman

Bagi merancakkan lagi industri pelancongan Malaysia, AirAsia kini bekerjasama dengan hotel tempatan melalui SNAP. Melalui kempen ini, ia menawarkan tempahan penerbangan dan hotel secara kombo pada harga yang lebih murah.

AirAsia Tawar Tempahan Penerbangan Dan Hotel Secara Kombo Melalui SNAP

SNAP memanfaatkan lebih 160 destinasi dengan hotel yang tersedia bertaraf 3 hingga 5 bintang. Antaranya termasuk The Chow Kit – An Ormond Hotel, MoMo’s Kuala Lumpur, Tune Hotel, Lexis Port Dickson, Vouk Hotel Suites dan lain-lain.

Promosi ini tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 16 Jun hingga 21 Jun 2020 dan boleh digunakan antara 15 Julai hingga 30 November 2020.

Dalam pada itu, AirAsia turut membuka peluang kepada hotel tempatan yang berminat untuk berkolaborasi dan menjadi sebahagian daripada kempen SNAP dengan mengisi borang di sini.

Sumber: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY