Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO FindX2 5G Automobili Lamborghini

OPPO Tawar Pengalaman Menggunakan Find X2 Pro Edisi Lamborghini Pada 25 Julai Ini

Diterbitkan Julai 21, 2020 · Dikemas kini Julai 21, 2020 oleh Amalina Athman

OPPO telah mengumumkan Find X2 Pro dalam pasaran tempatan pada Mac lalu. Kini, syarikat pengeluar berkenaan turut memperkenalkan sebuah lagi model edisi istimewa iaitu, OPPO Find X2 Lamborghini Edition. Bagaimanapun, edisi istimewa ini hanya tersedia di China dan Eropah buat masa ini.

OPPO FindX2 5G Automobili Lamborghini Edition

Berikutan itu, OPPO pada 25 Julai 2020 akan menawarkan sesi eksklusif Find X2 Pro bertempat di OPPO Flagship Store di The Gardens Mall. Pada sesi tersebut, semua pengguna siri Find akan diberi peluang untuk merasai pengalaman memegang peranti itu.

OPPO FindX2 5G Automobili Lamborghini Edition v1

Peranti ini menawarkan rekaan luar dengan elemen DNA Lamborghini. Ia hadir dengan binaan seramik dan vegan leather. Antara aksesori yang disertakan dalam edisi istimewa ini termasuk sarung pelindung yang diperbuat daripada microfiber leather dan black carbon fiber. Ia didatangkan dengan pengecas 65W SuperVOOC 2.0, pengecas kereta SuperVOOC 2.0, kabel SuperVOOC 2.0 dan fon telinga TWS.

Find X2 Pro edisi Lamborghini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865 dengan gandingan RAM 12GB dan 512GB storan dalaman. Ia dimuatkan dengan kamera 48MP utama, 48MP sudut lebar, 13MP telefoto. Pada bahagian hadapan hadir dengan 32MP kamera swafoto.

Bagi pengguna yang ingin merasai pengalaman Find X2 Pro edisi Lamborghini, pendaftaran boleh dilakukan sebelum 22 Julai 2020 melalui pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY