Maybank Sediakan Perkhidmatan WiFi Di 179 Cawangan Seluruh Negara

Berasa bosan menunggu giliran ketika berurusan di Maybank?

Data internet pula habis?

Jangan bimbang kerana Maybank kini menawarkan perkhidmatan WiFi di 179 buah cawangan di seluruh negara.

Berikut merupakan cara mudah untuk sambungan WiFi di Maybank:

  1. Tekan nombor giliran. Terdapat One-Time Pin (OTP) dipaparkan dibawah kertas nombor giliran tersebut.

  2. Pergi ke telefon pintar anda dan pilih "Maybank WiFi" untuk sambungan

  3. Masukkan OTP pada ruangan kata laluan dan klik OK

  4. Anda sekarang sudah bersambung dengan Maybank WiFi.


Ingat! perkhidmatan ini hanyalah untuk mereka yang berurusan dengan pihak Maybank, jika untuk melepak, sila pergi mamak!

Klik untuk senarai lengkap cawangan Maybank yang menawarkan WiFi.

Sumber: Maybank