Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank: Pemindahan Ke Akaun ‘Favourite’ Kini Perlu Pengesahan Secure2u

Maybank: Pemindahan Ke Akaun ‘Favourite’ Kini Perlu Pengesahan Secure2u

Diterbitkan Julai 5, 2023 · Dikemas kini Julai 5, 2023 oleh Amalina Athman

Maybank kini memaklumkan pemindahan kegemaran atau ‘Favourite’ untuk kali kedua dan seterusnya memerlukan pengesahan Secure2u, bermula 10 Julai 2023.

Berkaitan

  • Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE
  • Mulai Julai, Pengesahan Transaksi Secure2u Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE
  • Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Sementara Pada 8 Julai Ini

Terdahulu, kaedah pengesahan hanya diperlukan untuk pemindahan kali pertama ke akaun ‘Favourite’.

Namun, mulai 10 Julai 2023, pengesahan Secure2u diperlukan bagi pemindahan kegemaran kali kedua dan seterusnya untuk transaksi berikut:

  • Pemindahan pihak ketiga (3rd party)
  • Pemindahan GIRO
  • Pemindahan ‘DuitNow’ ke ‘Accounts’
  • Pemindahan ‘DuitNow’ melalui nombor telefon atau kad pengenalan

Maybank sebelum ini turut mengumumkan pengesahan Secure2u kini hanya boleh diakses melalui aplikasi MAE. Pengguna tidak lagi boleh menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi di aplikasi M2U MY.

Lanjutan itu, pengguna yang belum berbuat demikian disaran untuk memuat turun aplikasi MAE dan mengaktifkan Secure2u bagi mengesahkan sebarang transaksi.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY