Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank EzyQ

Maybank EzyQ Diperkenalkan, Sistem Janji Temu Dalam Talian Untuk Berurusan Di Maybank

Posted on Oktober 5, 2020Oktober 5, 2020

Maybank kini memperkenalkan Maybank EzyQ, iaitu sistem janji temu secara dalam talian. Melalui sistem ini, pelanggan Maybank boleh memilih slot masa yang bersesuaian untuk membuat janji temu sebelum berurusan di cawangan Maybank.

Menurut Maybank, sistem ini bertujuan untuk meningkatkan pengurusan orang ramai serta mengurangkan masa menunggu setiap pelanggan. Turut dinyatakan, setiap pelanggan boleh membuat tempahan janji temu melalui EzyQ seawal 1 hingga 10 hari bekerja sebelum berurusan di cawangan Maybank terdekat.

Antara urusan janji temu yang disenaraikan termasuk pembukaan akaun baharu, kad debit, khidmat nasihat penjualan serta lain-lain. Janji temu juga boleh dilakukan bagi perkhidmatan kaunter. Bagaimanapun, bagi urusan transaksi ASNB, ia perlu dirujuk kepada cawangan terdekat.

Maybank EzyQ

Setelah permohonan janji temu dilakukan, pelanggan akan menerima pengesahan slot masa yang dipilih dalam hari yang sama. Seterusnya, e-mel peringatan akan dihantar sehari sebelum waktu berurusan.

Buat masa ini, sistem EzyQ tersedia bagi 90 cawangan Maybank dan akan ditambah dalam masa terdekat. Bagi anda yang ingin membuat janji temu sebelum berurusan di cawangan Maybank, ia boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sumber: Lowyat.Net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress