5 Syarikat telekomunikasi utama di Malaysia ini menawarkan pakej menarik bagi pelanggan mereka memiliki Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+.
Peranti pintar terbaru Samsung Galaxy Note 10 telah pun mula ditawarkan di Malaysia. Untuk lebih nilai, anda boleh dapatkannya menerusi pakej-pakej menarik yang ditawarkan dari 5 syarikat telekomunikasi utama ini.
Maxis
Maxis menawarkan kepada pelanggannya untuk memiliki bukan satu tetapi 2 Galaxy Note 10 hanya pada harga dari RM199/bulan. Untuk model Galaxy Note 10+ pula, harganya bermula dari RM139/bulan seunit.
Kedua-dua pakej ditawarkan tanpa memerlukan pelanggan mereka membuat sebarang pembayaran wang pendahuluan serta turut menerima 3 bulan pelan pelindungan kecurian dan kerosakan.
Untuk info lanjut sila layari laman www.maxis.com.my/galaxy-note10.
Celcom
Jika anda bukan pelanggan Maxis, tetapi pelanggan Celcom, anda turut boleh memiliki Samsung Galaxy Note 10 pada tawaran yang menarik dari Celcom.
Seperti Maxis, Celcom juga menawarkan pelangganya membawa pulang 2 unit model Samsung Galaxy Note 10 pada harga dari RM113/bulan atau Note 10+ pada harga dari RM221/bulan. Info lanjut tentang tawaran Celcom ini boleh di dapati di https://shop.celcom.com.my/device-detail/Samsung-Galaxy-Note-10-Plus.
Digi
Bagi pelanggan Digi pula, mereka boleh memiliki Galaxy Note10 serendah RM79/bulan dan RM99/bulan bagi Galaxy Note10+. Ia boleh didapati menerusi pelan Digi PhoneFreedom 365. Info lanjut tentang tawaran hebat Digi ini boleh didapati di laman www.digi.com.my.
U Mobile
Manakala untuk pelanggan U Mobile, mereka dapat memiliki peranti pintar Samsung Galaxy Note10+ dengan storan berkapasiti 512GB hanya pada harga serendah RM100/bulan sahaja menerusi pelan U Mobile’s UPackage bundle.
Yes
Yes juga tidak ketinggalan turut sama menghangatkan lagi kehadiran Samsung Galaxy Note10+ 512GB di mana pelanggan mereka boleh memiliki peranti tersebut hanya pada harga RM3,799 (RRP RM4,799). Layari laman www.yes.my atau kunjungi Yes Store berdekatan anda bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang tawaran ini.
Berkaitan
- YouTuber Popular Dakwa Bateri Telefon Pintar Samsung Mengembung
- Jangan Terpedaya Dengan E-mel 'Scam' Windows 10 Percuma
- Microsoft Bersedia Melepaskan Kemas Kini Windows 10 v1909
- Seorang Pengguna Mendakwa Redmi Note 7S Miliknya Terbakar Secara Tiba-Tiba, Ini Respon Xiaomi
- Microsoft Melepaskan Kemas Kini KB5005565 Untuk Windows 10
- Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini Bagi Bulan Mac
- Microsoft Defender Windows 10 Kini Dilengkapi Pengimbas Serangan Firmware
- Kemas Kini Kumulatif KB5003173 Memperbetulkan 28 Kecacatan Windows 10
- Ura-ura Samsung Galaxy Fold Mungkin Akan Dilancarkan Beberapa Hari Lebih Awal Sebelum iPhone 11 Diperkenalkan
- Samsung Mendakwa Galaxy Z Flip Mampu Bertahan Sehingga 200 Ribu Kali Ulang Lipat