Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV, pengecas ev

Kerajaan Teruskan Insentif Pembangunan Infrastruktur Pengecas EV – MITI

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan komitmennya untuk terus memberi insentif kepada pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV), walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung dalam Belanjawan 2025.

MITI menjelaskan bahawa insentif utama yang ditawarkan termasuk Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA). Melalui program ini, pengendali tapak pengecasan (CPO) yang memenuhi kriteria tertentu layak menikmati pengecualian cukai sehingga 100% ke atas pendapatan berkanun selama lima tahun.

Selain itu, syarikat pengeluar peralatan pengecas EV juga diberi pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya bermula tahun taksiran 2023 hingga 2032, sebagai dorongan untuk mengukuhkan ekosistem EV di Malaysia.

Kerajaan menjangkakan sebanyak 400,000 unit kenderaan elektrifikasi (EV) di jalan raya menjelang 2030. Sehingga September 2024, jumlah jualan tahunan untuk kenderaan seperti hibrid, BEV, dan FCEV telah mencapai 33,319 unit, dengan keseluruhan tahun 2023 mencatatkan 35,723 unit.

Syarikat besar seperti Gentari (anak syarikat Petronas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyumbang pelaburan kira-kira RM76 juta sehingga Jun 2024. Ini membolehkan pembinaan lebih banyak petak pengecas EV (EVCB) di seluruh negara, bersama sokongan dari lebih 30 syarikat CPO lain.

Pemberian Insentif Pembangunan Infrastruktur Pengecas EV ini dijangka meningkatkan keyakinan pengguna terhadap EV, sekali gus mempercepat peralihan Malaysia ke arah penggunaan kenderaan rendah karbon.

Berkaitan

  • Kenali Lebih Dekat Vivo NEX 3 5G Dengan Paparan "Air Terjun" Yang Bakal Jadi Tren
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Free Fire x Blue Lock Tersedia Sehingga 8 Disember Ini
  • IPD Petaling Jaya Terima Dron Berteknologi Tinggi Berharga RM60,000
  • OPPO Terajui Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia, Indonesia Dan Thailand, Pertama Kali Kuasai Asia Tenggara - Canalys

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY