Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Android_1

Masalah Peranti Punca Utama Pengguna Android Bertukar Ke iPhone – Kajian

Diterbitkan Jun 1, 2023 · Dikemas kini Jun 1, 2023 oleh Amalina Athman

Pertengahan Mei lalu, laporan daripada Rakan Penyelidik Perisikan Pengguna (CIRP) telah menunjukkan lebih ramai pengguna Android di Amerika Syarikat (AS) memilih untuk bertukar ke iPhone.

Terbaharu, CIRP kini telah mengeluarkan laporan susulan, yang memperincikan alasan di sebalik lebih ramai pengguna di AS meninggalkan peranti Android.

Berkaitan

  • Apple Berjaya 'Pukau' Pengguna Android Beralih Ke iPhone Sejak Bertahun Dulu - Kajian

Bukan kerana iMessage, data yang diperolehi menunjukkan sebab utama pengguna beralih ke iOS berikutan masalah yang dihadapi pada peranti Android.

Secara spesifik, antara masalah yang dihadapi termasuk peranti tidak berfungsi sepenuhnya kerana terlalu lama dan memerlukan baik pulih atau mempunyai beberapa kekurangan yang menjejaskan pengalaman penggunaan.

Sementara itu, 26% daripada data yang diperoleh mengatakan mereka bertukar ke iPhone untuk ciri baharu peranti seperti kamera lebih baik, pelbagai pilihan aksesori dan sebagainya.

CIRP iPhone Android

Walaupun data yang diperolehi ini agak kecil berbanding gambaran besar pengguna di AS, ia menunjukkan bahawa isu iMessage atau bubble biru terlalu diperbesarkan dalam kalangan komunitii teknologi. Walhal, pengguna biasa mungkin tidak melihatnya sebagai satu masalah.

Dengan data yang diperolehi ini juga, ia menunjukkan Google dan OEM lain perlu tahu kelemahan yang terdapat pada peranti Android dan seterusnya bertindak untuk menangani masalah tersebut.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY