Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
marvel future revolution

Marvel Umum Permainan Dunia Terbuka RPG Future Revolution Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan Mac 2, 2020 · Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Pembangun Netmarble bersama-sama Marvel baru sahaja mengumumkan sebuah permainan baharu yang berpandukan komik Marvel. Ia dinamakan Marvel Future Revolution dan apa yang menarik adalah ia merupakan permainan dengan genre dunia terbuka RPG.

Sudah semestinya permainan akan melibatkan watak superhero. Namun dalam video trailer rasmi permainan, ia kelihatan memfokuskan pada 4 superhero utama iaitu Captain America, Spider–Man, Captain Marvel, dan Doctor Strange.

Untuk watak penjahat pula, Red Skull, Baron Mordo, M.O.D.O.K, Green Goblin, dan Red Goblin adalah yang disahkan untuk muncul dalam permainan ini.

Mengenai grafik yang dipertontonkan, ia kelihatan begitu baik dan kami tidak sabar untuk memainkannya. Permainan ini ditujukan khas untuk platform Android dan juga iOS. Namun, buat masa ini anda belum lagi boleh memainkan permainan ini.

Jika anda tidak sabar dan mahu mengikuti perkembangan permainan ini lebih lanjut sehingga hari pelancarannya, anda boleh mendaftar di laman rasmi Marvel Future Revolution.

Dijangka permainan ini akan dilancarkan secara beta terlebih dahulu seperti kebanyakan permainan-permainan lain. Dengan mendaftar permainan di laman rasmi mereka, pemain akan mendapat ‘pakej kejutan‘ apabila ia dilancarkan secara rasmi kelak.

Sumber: Toucharcade, Marvel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY