Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Marvel Mengeluarkan Set Edisi Khas Blu-Ray ‘The Infinity Saga Collector Edition’

Marvel Mengeluarkan Set Edisi Khas Blu-Ray ‘The Infinity Saga Collector Edition’

Diterbitkan Oktober 5, 2019 · Dikemas kini Oktober 5, 2019 oleh ariff bukhari

Berharga USD549.99 (sekitar RM2,300.00).

Jika anda memang peminat tegar Marvel, anda secara automatik akan turut meminati filem-filem Marvel sebelum ini. Jadi anda pastinya tidak akan melepaskan juga peluang bagi memiliki koleksi barangan filem-filem keluaran Marvel sebelum ini.

Bagi menambahkan lagi dan membuktikan bahawa anda adalah peminat kipas susah mati Marvel, jangan lepaskan peluang untuk memiliki dan menambahkan lagi koleksi filem-filem Marvel yang anda sedia ada anda dengan memiliki set edisi khas Blu-Ray ‘The Infinity Saga Collector Edition’ .

Marvel Mengeluarkan Set Edisi Khas Blu-Ray ‘The Infinity Saga Collector Edition’
Turut mengandungi cetakan tandatangan 6 Avengers asal.

Set tersebut mengandungi kesemua 23 filem dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dihadirkan dalamBlu-Ray (4K UHD). Dalam set itu juga turut mengandungi surat ucapan dari Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, lithografi dari artis Marvel, Matt Ferguson serta klip-klip tambahan dari semua filem.

Set edisi khas Blu-Ray ‘The Infinity Saga Collector Edition’ ini berharga USD549.99 (sekitar RM2,300.00) dan akan mula dijual pada 15 November nanti.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya di stor Best Buy sahaja menawarkan secara eksklusif jualan set tersebut. Set edisi khas ini sudah boleh dipra tempah menerusi laman rasmi Best Buy.

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY