Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mark signal

Mark Zuckerberg Dilapor Turut Menggunakan Aplikasi Signal

Diterbitkan April 6, 2021 ยท Dikemas kini April 6, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, isu penjualan sejumlah 553 juta data pengguna Facebook kembali hangat diperkatakan apabila data peribadi platform media sosial paling popular itu dibocorkan secara dalam talian dan boleh diakses secara percuma.

Antara maklumat yang didedahkan melalui kebocoran data tersebut termasuk nombor telefon, nama, lokasi, status, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat e-mel.

Ironinya, Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook turut tidak terkecuali daripada kebocoran data tersebut dan sekali gus mendedahkan nombor telefonnya.

Apa yang menarik perhatian, melalui nombor telefon itu juga, ia turut mendedahkan Mark Zuckerberg menggunakan Signal. Perkara ini dikongsikan oleh penyelidik keselamatan siber, Dave Walker menerusi Twitter.

Umum mengetahui, aplikasi permesejan Signal merupakan antara pesaing terbesar kepada WhatsApp.

In another turn of events, Mark Zuckerberg also respects his own privacy, by using a chat app that has end-to-end encryption and isn't owned by @facebook

This is the number associated with his account from the recent facebook leak. https://t.co/AXbXrF4ZxE

— Dave W. (@Daviey) April 4, 2021

Walaupun begitu, ini tidak bermakna ia digunakan untuk kegunaan harian. Tidak mustahil Mark Zuckerberg hanya mendaftar aplikasi Signal bagi mencuba serta melihat bagaimana aplikasi pesaing yang lain berfungsi, dan seterusnya menambah baik aplikasi yang dimiliki olehnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY