Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mark Zuckerberg Facebook

Data Pengguna Facebook Bocor, Termasuk Nombor Telefon Mark Zuckerberg

Diterbitkan April 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Susulan daripada kebocoran data pengguna Facebook beberapa hari yang lepas, lebih setengah bilion maklumat peribadi pengguna telah didedahkan.

Apa yang menarik perhatian, kebocoran data tersebut tidak terkecuali bagi pengasasnya sendiri, iaitu Mark Zuckerberg dan beberapa lagi pembangunnya yang lain – Chris Hughes dan Dustin Moskovitz.

Perkara ini dilaporkan penganalisis keselamatan siber, Dave Walker yang mana beliau mengatakan ia turut mendedahkan beberapa maklumat peribadi termasuk nama lengkap, ID Facebook, alamat tempat tinggal, e-mel dan lain-lain.

Regarding the #FacebookLeak, of the 533M people in the leak – the irony is that Mark Zuckerberg is regrettably included in the leak as well.

If journalists are struggling to get a statement from @facebook, maybe just give him a call, from the tel in the leak? 📞😂@GazTheJourno pic.twitter.com/lrqlwzFMjU

— Dave W. (@Daviey) April 3, 2021

Berhubung dengan kebocoran data ini, jurucakap Facebook menegaskan bahawa mereka telah menampal kerentanan tersebut pada bulan Ogos 2019.

Namun, mereka enggan mengulas lanjut berkaitan maklumat Mark Zuckerberg yang telah tertiris.

Walau bagaimanapun, jika anda pengguna Facebook, dinasihatkan untuk mengabaikan sebarang mesej atau klik pautan pelik yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.

Sumber: Business Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY