Mangsa Perisian Hasad Yang Khusus Mencuri Kata Laluan Meningkat Sehingga 60% Pada Tahun 2019

Setakat separuh pertama tahun ini sahaja, seramai 940,000 pengguna telah menjadi mangsa kecurian kata laluan.


Pembangun perisian dan pemerhati  keselamatan siber Kaspersky mendapati pengguna internat yang menjadi mangsa kecurian kata laluan telah meningkat sehingga 60% setakat separuh pertama tahun 2019.

Perisian hasad Password Stealing Ware (PSW) kini menjadi senjata utama kepada penjenayah siber untuk menceroboh privasi pengguna.

Berdasarkan data yang dikongsikan oleh pihak Kaspersky, bilangan pengguna yang menjadi sasaran PSW setakat tahun ini sahaja adalah lebih daripada 940,000.  Ia satu jumlah peningkatan yang sangat tinggi di mana pada tahun lepas bagi tempoh yang sama, kurang daripada 600,000 pengguna telah menjadi mangsa perisian hasad tersebut.

PSW mencuri data secara terus menerusi laman sesawang yang digunakan pengguna dengan pelbagai cara. Kebanyakkan data yang dicuri pula adalah data sensitif termasuklah perincian akaun kewangan, kata laluan, masukkan data automatik, data kad kredit dan dan lain-lain.

Kapsyen: Password Stealing Ware Azorult adalah antara perisian hasad popular yang sering digunakan bagi melakukan serangan ke atas pengguna maya. Kredit: Securelist


Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, Kaspersky mengesan aktiviti PSW yang sangat tinggi khususnya di Eropah dan Asia. Manakala pengguna di Russia, India, Brazil, Jerman dan Amerika Syarikat pula adalah yang paling kerap menjadi sasaran perisian hasad tersebut.

“Modern consumers are increasingly active online and understandably rely on the internet to carry out many tasks in their daily lives. This fills their digital profiles with more and more data and details and makes them a lucrative target for criminals as they could be monetized in numerous ways afterwards.

By securely storing passwords and credentials, consumers can use their favorite online services in confidence that their information will not be put at risk. This should be also supported by installation of security solution as one can never be too careful,”

Alexander Eremin, penyeldik keselamatan Kaspersky.


Oleh itu, pihak Kaspersky menasihatkan pengguna internet supaya tidak berkongsikan kata laluan atau maklumat peribadi mereka bersama kawan atau keluarga kerana ia hanya akan menjadikan mereka lebih mudah terdedah menjadi sasaran serangan.

Pengguna juga disyorkan supaya sentiasa memastikan mereka menggunakan aplikasi terkini dan mengemaskini peranti-peranti yang digunakan bagi menyekat ancaman serangan PSW.

Berkaitan