Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malwarebytes Menawarkan ‘Extension’ Perlindungan Percuma Untuk Pelayar Chrome Dan Firefox

Malwarebytes Menawarkan ‘Extension’ Perlindungan Percuma Untuk Pelayar Chrome Dan Firefox

Diterbitkan September 16, 2019 oleh ariff bukhari

Tingkatkan privasi ketika melayari internet dengan ‘Malwarebytes Browser Guard’.

Pembangun dan firma penyelidik keselamatan Malwarebytes telah mula menawarkan extension percuma yang dapat meningkatkan privasi dan keselamatan pengguna ketika melayari internet menerusi aplikasi pelayar Chrome Dan Firefox.

‘Malwarebytes Browser Guard’ memberikan perlindungan percuma kepada pengguna sambil meningkatkan prestasi pelayar ketika melayari sesebuah laman sesawang.

Ia berfungsi dengan menapis kandungan, iklan dan penjejak yang terdapat di dalam sesebuah laman sesawang serta menyekat pelayar daripada merakam aktiviti pengguna mereka di internet.

Malwarebytes Menawarkan ‘Extension’ Perlindungan Percuma Untuk Pelayar Chrome Dan Firefox

Sekaligus dapat menghalang pengguna daripada melawat tapak laman sesawang yang merbahaya atau mencurigakan.

“Malwarebytes Browser Guard gives users the freedom to take charge of their browsing experience without an onslaught of content or exposure to threats and it’s a great supplement to our premium endpoint protection line of consumer products.” Akshay Bhargava, Naib Presiden Kanan Produk, Malwarebytes.

Extension Malwarebytes Browser Guard sudah boleh dimuat turun terus dari chrome web store bagi aplikasi Google Chrome atau dari Firefox Add-Ons bagi aplikasi Firefox.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci M6 Kini Rasmi, Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY