Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Tersenarai Antara Negara Membeli Perisian Penginkripan Data Dari Firma Yang Didakwa Dimiliki CIA

Malaysia Tersenarai Antara Negara Membeli Perisian Penginkripan Data Dari Firma Yang Didakwa Dimiliki CIA

Diterbitkan Februari 13, 2020 oleh ariff bukhari

Perisian itu didakwa digunakan CIA bagi mengintip pengguna dan mengaut keuntungan.

Dalam satu laporan khas yang diterbitkan oleh The Washington Post  telah menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang membeli perisian penginkripan data  daripada sebuah syarikat yang sudah ditutup iaitu Crypto AG.

Firma itu pula didakwa telah dimiliki oleh agensi risikan Amerika Syarikat dan Jerman sejak berdekad lalu.

Laporan itu mendakwa, agensi perisikan Amerika dan Jerman telah mendapat keuntungan jutaan dolar daripada penjualan perisian dan peralatan intip kepada para pelanggannya.

Malah mereka juga didakwa secara sulit menggunakan perisian dan peralatan yang dijual mereka bagi mengumpul maklumat risikan daripada negara-negara yang menjadi pelanggan mereka.

Daripada dokumen yang dibocorkan itu, dipercayai lebih daripada 120 buah negara menjadi pelanggan Crypto AG sejak 1950an sehingga kini.

Selain Malaysia, Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Arab Saudi, Syria,  Brazil, Jepun dan Pakistan adalah antara negara yang tersenarai daripada 62 buah negara yang didakwa telah membeli perisian penginkripan data dari firma tersebut.

Crypto AG adalah sebuah firma dari Swiss yang menjual pelbagai peralatan dan perisian intipan kepada pelbagai firma swasta sejak berdekad lalu.

Firma tersebut telah dimansuhkan pada tahun 2018 lalu dan aset utamanya kini dimiliki oleh 2 entiti berbeza CyOne Security dan Crypto International.

Berikutan pendedahan itu, Crypto International telah respon kepada pihak Business Insider dengan menyatakan,

“Crypto International and Crypto AG are two completely separate companies without any relationship. Crypto International is a Swedish owned company that in 2018 acquired the brand name and other assets from Crypto AG … We have no connections to the CIA or the BND and we never had.”

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY