Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Malaysia Luluskan Ubat COVID-19 Tapi Bukan Pengganti Vaksin

Posted on Mac 4, 2022

Semalam, kami telah laporkan berkenaan pentadbiran Amerika Syarikat yang mengagihkan Paxlovid kepada rakyat Amerika secara percuma jika mereka dijangkiti COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Nurhisham Abdullah semalam berkata bahawa Malaysia telah meluluskan pil antiviral COVID-19 iaitu Paxlovid untuk kegunaan semasa bencana. Pil ini akan digunakan bagi pesakit dewasa yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat simptom yang lebih kritikal.

Pfizer-BioNTech mohon kelulusan di S'pura bagi pil anti COVID-19
AFP
Pil oral ini mengandungi dua tabletĀ nirmatrelvirĀ dan satu tabletĀ ritonavir. Ia perlu diambil dua kali sehari selama lima hari dan kajian menunjukkan ia mempunyai keberkesanan sehingga 89% dalam mengurangkan risiko kematian atau dimasukkan ke hospital.
Fungsi Paxlovid dan vaksin berbeza di mana Paxlovid ialah ubat untuk menyembuhkan penyakit manakala vaksin ialah untuk mencegah daripada jangkitan dan kesan yang lebih teruk. Dengan vaksinasi, badan telah kenal dengan virus tersebut dan bersedia untuk melindungi badan jika dijangkiti. Jika sistem pertahanan badan ‘tewas’, maka di sinilah fungsi ubat untuk menyembuhkan semula badan.
Paxlovid telah digunakan di negara-negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Britain dan beberapa lagi.
Sumber: Astro Awani

Baca juga:

  • YouTube Buang Video Yang Ada Kandungan Anti-Vaksin COVID-19
  • Kumpulan Tidak Divaksin Paling Berisiko Mati Akibat COVID-19 – KKM
  • Ingin Vaksinkan Anak? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Daftar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress