Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
paxlovid ubat covid19

Ubat COVID-19, Paxlovid Diberi Percuma Di Amerika Syarikat

Diterbitkan Mac 3, 2022 · Dikemas kini Mac 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Paxlovid ialah pil yang dibangunkan oleh Pfizer khas untuk menyembuhkan pesakit COVID-19. Di dalam pil ini, ia mengandungi dua tablet nirmatrelvir dan satu tablet ritonavir. Negara yang sudah memberikan pesakit mereka pil oral ini ialah Korea Selatan, Britain dan Israel.

Paxlovid didapati mengurangkan risiko kematian atau pesakit dimasukkan ke hospital atau sekitar 90% jika ia rawatan diberi dalam masa 3 hari selepas gejala muncul, menurut Health Sciences Authority (HSA) dari Singapura. Pil ini perlu diambil dua kali sehari selama lima hari.

Paxlovid diluluskan oleh FDA untuk penggunaan kecemasan pada Disember lalu dan Reuters turut melaporkan kerajaan AS membayar sekitar $500 (~RM2093) untuk setiap rawatan yang menjumlahkan hampir $600 juta (~RM2512 juta) keseluruhannya mengikut perjanjian AS-Pfizer.

- FOTO AFP/Pfizer
AFP

Untuk makluman, Singapura juga telah mula menerima pil antiviral Paxlovid ini bulan lalu dan diberikan pada pesakit COVID-19 kritikal. China juga pada bulan sama meluluskan penggunaan pil oral ini untuk kegunaan penduduk mereka.

Amerika Syarikat hanya mencatatkan kadar vaksinasi 65% daripada populasi lengkapnya.

Biden berkata Pfizer akan menyediakan 1 juta pil Paxlovid bulan ini dan 2 juta lagi bulan hadapan.

Sumber: Cnet

Baca juga:

  • Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000
  • Syarikat Penerbangan Batalkan Penerbangan Ke AS Sebab 5G
  • Buat ‘Self-Test’ COVID-19? Jangan Lupa Muat Naik Gambar Keputusan Ke MySejahtera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY