Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kaedah pendaftaran vaksin covid-19

Kumpulan Tidak Divaksin Paling Berisiko Mati Akibat COVID-19 – KKM

Diterbitkan Februari 22, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, berdasarkan kepada data yang diperolehi mereka, kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah yang paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 serius.

Terutamanya pada kategori 4 dan 5.

Tidak sekadar itu, kumpulan itu juga paling berisiko untuk mati akibat jangkitan COVID-19 untuk hampir semua peringkat umur.

Selain itu KKM juga menyatakan, kumpulan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 adalah yang paling terlindung dari penyakit tersebut.

Malah individu yang telah menerima dos penggalak juga kurang merekodkan kes kematian serta dijangkiti kes serius kategori 3,4 dan 5 COVID-19.

KKM menegaskan bahawa vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

Sehubungan itu, KKM menyeru orang ramai yang berkelayakan untuk segera mendapatkan vaksin dos penggalak dari pusat pemberian vaksin (PPV) terdekat secara walk-in.

Sumber: KKM

Baca juga:

  • Buat ‘Self-Test’ COVID-19? Jangan Lupa Muat Naik Gambar Keputusan Ke MySejahtera
  • Sijil Vaksin MySejahtera Berisiko Bertukar Menjadi Putih Jika Anda Penerima Sinovac Menolak Dos Penggalak
  • COVID-19: Ini Perbezaan Pesakit Gejala Kategori 2A Dan 2B

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY