Korea Utara disenaraikan sebagai negara paling ketat mengawal kebebasan internet terhadap rakyatnya.
Berdasarkan kepada laporan terbaru yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan Comparitech, Malaysia telah disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang paling buruk dalam memberikan kebebasan internet kepada rakyatnya.
Malah, Malaysia menerima skor setinggi 6/10 mata, sekaligus meletakkan Malaysia ditangga ke-18 daripada 181 negara sebagai negara terburuk dalam kebebasan internet.
Dalam laporan Comparitech yang bertajuk "Internet Censorship 2020: A Global Map of Internet Restrictions" itu mereka mendakwa, Malaysia menyekat rakyatnya mengakses kategori laman Torrent, pornografi, politik dan sosial.
Walaubagaimanapun, Malaysia tidak dikategorikan sebagai negara yang menyekat sepenuhnya media terhadap rakyatnya.
Berbanding negara Korea Utara yang menerima skor 10/10, kesemua berita yang disampaikan di dalam negara Komunis itu dikawal sepenuhnya oleh kerajaan menerusi The Korean Central News Agency (KCNA). Hal ini menjadikan Korea Utara sebagai negara paling teruk dalam kebebasan internet.
Sementara negara China dan Russia pula masing-masing di tangga ke 2 dan ketiga yang menerima skor 9/10 dan 8/10.
Berkaitan
- Penjenayah Siber Dikesan Aktif Mengintip Pengguna Internet Di Malaysia
- CelcomDigi Tawar Internet Booster RM3/hari, Prabayar RM25/bulan
- Selepas Ini Proses Naik Taraf Ke Windows 11 Perlukan Capaian Internet
- 14 Negara Ini Paling Teruk Dalam Index Kebebasan Internet
- TNB Sasar 4 Negeri Ini Untuk Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Pada Tahun Hadapan
- CelcomDigi Tawar Telefon Dan Internet 5G Percuma Bagi Pelan Prabayar Dan Pascabayar
- Pusat Kuarantin Di Semporna Terima Sambungan Internet Selaju 800Mbps
- Hanya 141 Buah Sekolah Masih Belum Mempunyai Capaian Internet
- Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp
- Perkhidmatan Internet Melalui Rangkaian 4G Di Paya Besar, Pahang Telah Dipertingkatkan