Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TINJAUAN GAJET DIKALANGAN MURID SEKOLAH

Hanya 141 Buah Sekolah Masih Belum Mempunyai Capaian Internet

Diterbitkan Oktober 6, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 6, 2020 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa setakat ini, hanya sebanyak 141 buah sekolah di seluruh Malaysia yang masih belum mempunyai capaian internet (unservered).

Manakala 10,066 buah sekolah sudah pun mempunyai capaian internet. Sehubungan itu, 141 buah sekolah kategori unservered itu akan dibekalkan capaian VSAT (Very Small Aperture Terminal) berkelajuan 30Mbps menjelang Disember 2020.

Ia sebagai usaha kerajaan yang berterusan mahu mewujudkan generasi celik digital bermula di sekolah dan melengkapkan sekolah dengan capaian internet bagi membolehkan pelaksanaan pembelajaran secara digital.

Dalam kenyataan media KKMM, mereka turut memaklumkan bahawa melalui perancangan Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF), kerajaan akan memperluaskan liputan rangkaian dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh Malausia melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Komitmen itu dinyatakan dalam Mesyuarat kedua DETF yang telah diadakan pada 1 Oktober lalu yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY