Malaysia tersenarai dalam 4 negara teratas dari 7 negara di kawasan Asia Tenggara yang aktif diserang penggodam.
Pakar keselamatan siber dari Kaspersky memaklumkan bahawa, negara-negara di Asia Tenggara telah menjadi sasaran popular penggodam bagi mencuri data dan mengintip aktiviti di internet.
Dalam laporan mereka yang bertajuk "Kaspersky 2019 APT Report: Cyberspying groups haunt intel in Southeast Asia" menyatakan, berlakunya peningkatan aktiviti pengintipan dan kecurian data.
Insiden penggodama pula bukan sahaja terhad ke atas pengguna awam sahaja, tetapi juga terhadap kerajaan dan tentera di negara-negara Asia Tenggara.
“Geopolitics is one of the main factors that shape the cyber threat landscape in Southeast Asia. A number of our investigations into APT attacks targeting the region last year show the main attack motivation as being economical and geopolitical intelligence gathering. Inevitably the main victims are mostly government organisations, diplomatic entities, and political parties” Vitaly Kamluk, Pengarah Pasukan Penyelidikan Dan Analisis Global (GReAT) Asia Pasifik, KasPersky.
Malah Kaspersky menyenaraikan, serangan sofistikated seperti perisian hasad, Zebrocy, PhantomLance dan Platinum didapati aktif menyerang entiti kerajaan Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Kaspersky telah bekerjasama dengan pihak CyberSecurity Malaysia dengan membuka Pusat Transparensi yang pertama di Asia Pasifik yang berpangkalan di Cyberjaya.
Berkaitan
- Buang 24 'Extension' Pelayar Chrome Dan Edge Ini Segera Kerana Menuai Data
- Kerajaan Amerika Mengatakan Dron Dari China Mungkin Boleh Mengakses Data Pengguna
- Penggodam Curi 10 TB Data Western Digital, Tuntut Bayaran '8 Angka'
- Sony Telah Memfailkan Hak Tanda Dagang Bagi 5 Generasi PlayStation Akan Datang
- Patuhi Panduan Keselamatan Elektrik Ketika Dan Selepas Banjir Dari TNB
- Pakar Keselamatan Siber Di Malaysia 'Tak Cukup Tangan' Tepis Serangan Siber
- Cara Menebus Data Internet 1GB Percuma Untuk Pengguna Pascabayar Dan Prabayar
- Lagi Penemuan Kecacatan Kritikal Pada Sistem Android Yang Boleh Menyebabkan Perisian Hasad Mencuri Data Pengguna
- Malaysia Tersenarai Antara Negara Membeli Perisian Penginkripan Data Dari Firma Yang Didakwa Dimiliki CIA
- Kaspersky Kini Ahli Malaysian Internet-of-Things Association