Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Ditangga Ke-18 Sebagai Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

Malaysia Ditangga Ke-18 Sebagai Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

Diterbitkan Januari 17, 2020 · Dikemas kini Januari 18, 2020 oleh ariff bukhari

Korea Utara disenaraikan sebagai negara paling ketat mengawal kebebasan internet terhadap rakyatnya.

Berdasarkan kepada laporan terbaru yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan Comparitech, Malaysia telah disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang paling buruk dalam memberikan kebebasan internet kepada rakyatnya.

Malah, Malaysia menerima skor setinggi 6/10 mata, sekaligus meletakkan Malaysia ditangga ke-18 daripada 181 negara sebagai negara terburuk dalam kebebasan internet.

Dalam laporan Comparitech yang bertajuk “Internet Censorship 2020: A Global Map of Internet Restrictions” itu mereka mendakwa, Malaysia menyekat rakyatnya mengakses kategori laman Torrent, pornografi, politik dan sosial.

Walaubagaimanapun, Malaysia tidak dikategorikan sebagai negara yang menyekat sepenuhnya media terhadap rakyatnya.

internet censorship 2

Berbanding negara Korea Utara yang menerima skor 10/10, kesemua berita yang disampaikan di dalam negara Komunis itu dikawal sepenuhnya oleh kerajaan menerusi The Korean Central News Agency (KCNA). Hal ini menjadikan Korea Utara sebagai negara paling teruk dalam kebebasan internet.

Sementara negara China dan Russia pula masing-masing di tangga ke 2 dan ketiga yang menerima skor 9/10 dan 8/10.

Internet censors
Senarai 20 negara teratas yang terburuk dalam kebebasan internet menurut Comparitech.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY