Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
internet-connectivity (1)

Malaysia Di Tangga Ke-3 Dalam Negara Asean Untuk Purata Kelajuan Muat Turun Talian Tetap Jalur Lebar

Diterbitkan Julai 17, 2020 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada sumber data dari pihak Speedtest sepertimana yang dikongsikan oleh Buletin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Malaysia berada di tangga ke-3 dalam negara Asean untuk kategori purata kelajuan muat turun talian tetap jalur lebar.

Bagi bulan April, kelajuan purata yang dicapai adalah 79.87Mbps. Manakala bagi bulan Mei pula kelajuan itu sedikit meningkat kepada 81.08Mbps.

Namun begitu, peningkatan tersebut tetap mengekalkan kedudukan Malaysia sejak bulan April 2020 lalu. Tetapi kedudukan Malaysia dari seluruh dunia jatuh 1 anak tangga kepada kedudukan ke-38 setakat Mei 2020.

Kedudukan pertama bagi kelajuan purata muat turun talian tetap jalur lebar di Asean didominasi oleh negara Singapura di mana negara tersebut mencapai sehingga 205.13Mbps setakat bulan Mei 2020.

Angka itu juga menjadikan Singapura sebagai negara yang mempunyai kelajuan purata muat turun talian tetap jalur lebar paling pantas di dunia.

Kedudukan kedua pula dihuni oleh negara jiran Thailand dengan capaian kelajuan purata muat turun talian tetap jalur lebar sehingga 170.14Mbps setakat Mei 2020.

average download speed

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY