Aplikasi Selfie Dari Microsoft Kini Tampil Untuk Android

Selepas setahun Microsoft Selfie dilancarkan untuk peranti iOS, kini aplikasi penyuntingan gambar dari Microsoft itu akan hadir untuk Android pula melalui Google Play. Aplikasi Microsoft Selfie adalah berfungsi untuk memperbaiki kualiti gambar yang diambil menggunakan kamera depan peranti anda dengan menggunakan 'machine vision tech'.

Microsoft Selfie adalah aplikasi yang mempunyai sokongan teknologi 'computer vision', dengan keupayaan untuk menjangka umur seseorang, jantina, warna kulit, pencahayaan dan banyak lagi-semua dengan hanya satu klik. Pengguna dapat memperbaiki sebuah gambar yang biasa menjadi gambar yang lebih menonjol dan semulajadi dengan mudah.

microsoft-selfie-apertura

microsoft_selfie_google_play_1478499485061

Aplikasi ini juga mampu mengubah pendedehan cahaya, keseimbangan warna dan pengguna juga mampu untuk membuang bintik atau ketidak-sempurnaan sesuatu gambar dengan mudah. Pengguna juga dapat menggunakan pelbagai tema yang ditawarkan oleh aplikasi hebat ini.

Aplikasi ini adalah percuma dan boleh didapati di Google Play sekarang.