Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vaksin Covid-19

Malaysia Bakal Terima 12.8 Juta Bekalan Vaksin COVID-19 Daripada Pfizer

Posted on November 27, 2020

Malaysia kini dilaporkan bakal menerima 12.8 juta bekalan dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer. Dengan bekalan tersebut, ia dijangka dapat menampung keperluan imunisasi 20% atau 6.4 juta rakyat negara ini. Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penghantaran bekalan pertama sebanyak satu juta dos dijangka akan dibuat pada suku pertama tahun hadapan. Ia kemudian disusuli 1.7 juta (suku kedua), 5.8 juta (suku ketiga) dan 4.3 juta dos pada suku keempat tahun 2021.

Memetik laporan Bernama, pemerolehan bekalan daripada Pfizer adalah hasil perjanjian pembelian awal yang ditandatangani kerajaan dengan syarikat itu melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa lalu. Menurut Perdana Menteri,

“Perjanjian dengan syarikat berkenaan bertujuan memastikan kerajaan mempunyai akses kepada data untuk menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan di samping menjamin akses kepada vaksin itu sekiranya sedia untuk diedarkan oleh pihak syarikat.”

Sebelum ini, laporan menyatakan analisis data interim pertama Pfizer menunjukkan keberkesanan vaksin adalah 95%.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress