Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Airlines MH Connect

Malaysia Airlines Tawar Wi-Fi Percuma Tanpa Had Untuk Semua Kelas Penerbangan

Diterbitkan November 2, 2023 · Dikemas kini November 2, 2023 oleh Amalina Athman

Malaysia Airlines kini mengumumkan perkhidmatan Wi-Fi percuma tanpa had untuk semua penumpang, tanpa mengira kelas kabin bermula 1 November 2023.

Berkaitan

  • Mulai 1 Julai, Penumpang Malaysia Airlines, FireFly Tidak Perlu Matikan Telefon Ketika Mendarat Dan Berlepas

Terdahulu, Malaysia Airlines menyediakan Wi-Fi percuma bermula 1 Julai 2023 untuk penumpang Business Suite dan Business Class, serta ahli Enrich Platinum termasuk mereka yang duduk di Kelas Ekonomi, dengan had data 100 MB setiap sektor.

Dengan penambahbaikan ini, semua penumpang termasuk mereka yang melancong dalam Kelas Ekonomi dan bukan ahli Enrich, tidak lagi perlu melanggan untuk penggunaan Wi-Fi dalam pesawat.

Sebaliknya, peranti boleh disambungkan dengan rangkaian ‘MHConnect’ untuk menikmati Wi-Fi percuma tanpa had sewaktu penerbangan.

Sebagai permulaan, syarikat penerbangan itu berkata perkhidmatan Wi-Fi percuma tanpa had akan tersedia untuk 20 pesawat terpilih dan diperluas untuk pesawat lain, secara berperingkat.

Sumber: Malaysia Airlines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY