Isu ini dimulakan oleh seorang personaliti popular dalam komuniti gajet iaitu @UniverseIce yang memuat naik kicauan seperti berikut. Menurutnya, beliau memberi amaran kepada pengguna lain supaya tidak menjadikan gambar tersebut sebagai latar belakang peranti Android terutamanya dari jenama Samsung.
Apa yang terjadi adalah peranti akan gagal berfungsi atau beroperasi seperti biasa. Jika pengguna menjadikan gambar tersebut sebagai latar belakang, peranti akan gagal masuk ke lock screen. Sudahnya ia akan menjadi bootloop, iaitu peranti akan restart berulang kali sebelum masuk ke menu recovery.
Kami tidak mencuba menjadikan gambar ini sebagai wallpaper. Namun ramai juga yang gatal tangan mencubanya menerusi komen kicauan tersebut.
Melalui komen juga, pengguna selain jenama Samsung seperti Google Pixel turut melaporkan peranti mereka turut mengalami masalah yang sama. Namun, ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah malah peranti masih beroperasi seperti biasa.
Menurut Ice Universe, gambar itu diperolehi dari laman Weibo dan telah dimuatkan sekali dengan kod spesifik yang menggagalkan peranti dari berfungsi.
Anda boleh ke pautan untuk melihat isu ini dengan lebih lanjut, namun kami tidak bertanggung jawab terhadap apa yang akan terjadi kepada peranti anda. Kalau tiada apa-apa, nasib baik. Kalau terkena juga, bye-bye lah jawabnya.
Apa yang penting melalui isu ini adalah kini gambar yang anda lihat hanya setakat pemandangan itu di dalamnya juga boleh terselit malware berbahaya yang mampu 'merosakkan' peranti pintar anda.
Sumber: Ice Universe
Berkaitan
- Samsung Galaxy S21 Tidak Akan Menyokong Jam Pintar / Penjejak Kesihatan Generasi Lama
- Google Tawar Bayaran Tinggi Untuk Samsung Gunakan Google Assistant Dan Bukannya Bixby
- Samsung Pertahankan Prestasi Exynos 990 Adalah Setanding Dengan Snapdragon 865
- Samsung Galaxy S20 Tidak Akan Menyokong Kadar Segar Semula 120Hz Pada Resolusi Melebihi FHD
- Telefon Android Nougat Kebawah Bakal Alami Masalah Untuk Mengakses Laman Web Pada Tahun 2021
- Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Huawei Akan Kehilangan LG Dan Samsung Sebagai Pembekal Skrin
- Samsung Galaxy A71, A51 Dilancarkan - Infinity-O AMOLED Dengan Kuad Kamera
- Ini Adalah Spesifikasi Dan Harga Siri Samsung Galaxy S22 Yang Belum Dilancarkan Lagi
- Ini Merupakan Fungsi Menarik Android 11 Beta Yang Baru Sahaja Diumumkan
- Permainan Monopoly Sudah Boleh Dimainkan Di Android